NOTIS DATA PERIBADI

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dikuatkuasakan pada 15 November 2013. B.I.G. Industries Berhad 199001003718 (195285-D) dan anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu (“Kumpulan”) menghormati privasi individu berkenaan dengan data peribadi mereka. Maksud terma “Data Peribadi” dan “pemprosesan” di dalam Notis Data Peribadi (“Notis”) ini adalah sama yang di dalam APDP.

 

Data Peribadi anda seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan / pasport, jantina, alamat, status perkahwinan, pekerjaan, kelayakan, dan lain-lain yang diberikan oleh anda kepada kami, maklumat daripada pihak ketiga atau dalam domain awam akan terus digunakan dan diproses oleh kami bagi maksud yang berikut dan kami tidak akan menjual atau memperdagangkan Data Peribadi kepada pihak ketiga:

 

  1.  Berkomunikasi dengan anda melalui surat, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas, e-mel, buletin dan surat-menyurat yang  lain.
  2.  Tindak balas kepada pertanyaan atau aduan anda.
  3.  Mentadbir penyertaan anda dalam acara, kegiatan, program atau  permohonan untuk pekerjaan di syarikat kami.
  4.  Penyusunan tinjauan dan / atau soal selidik.
  5.  Memberi anda maklumat kami berkenaan produk-produk, promosi jualan, perkhidmatan dan lain-lain.
  6.  Membolehkan kami melaksanakan obligasi kontrak, penyediaan  perkhidmatan dan jualan.
  7.  Pendedahan kepada syarikat-syarikat berkaitan, juruaudit, penasihat,  firma-firma atau entiti-entiti profesional.
  8.  Memenuhi apa-apa undang-undang atau peraturan sebagaimana yang  dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang- undang, garis  panduan, peraturan dan / atau yang berkenaan.

 

Langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk memastikan bahawa data peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan disimpan terkini untuk tujuan yang tersebut, termasuk apa-apa tujuan yang berkaitan secara langsung, di mana Data Peribadi dikumpul dan diproses selanjutnya.

 

Di bawah APDP, adalah mandatori untuk mendapatkan kebenaran anda dan sewajarnya memaklumkan anda tentang hak-hak berikut berkenaan dengan Data Peribadi:

 

  1.  Anda boleh meminta untuk mengakses maklumat Data Peribadi.
  2.  Mengemaskini atau membuat pembetulan / pindaan kepada Data Peribadi.
  3.  Menghadkan pemprosesan dan penggunaan  Data  Peribadi.

 

Adalah keperluan bagi Kumpulan (nama syarikat adalah seperti yang dinyatakan di laman web lami di bawah “Struktur Korporat”) untuk memproses Data Peribadi kerana tanpa proses ini, kami tidak dapat meneruskan penggunaan Data Peribadi untuk tujuan di atas.

 

Data Peribadi yang dikumpul telah / akan disimpan oleh kami untuk tempoh yang dibenarkan / diperlukan di bawah undang-undang Malaysia, atau mungkin melanjutkannya sehingga selepas tamat hubungan kontraktual dengan kami. Kami akan terus menjaga keselamatan Data Peribadi anda.

 

Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan, aduan, permintaan untuk akses atau pembetulan Data Peribadi, sila e-mel kepada pdpa@bigind.com.my.